[VIDEO] Lepas dikepung 24 jam, polis mengamuk akhirnya parah ditembak komando


  • Benua
  • Rabu, 15 Mac 2023

Kejadian tersebut bermula sekitar tengah hari Selasa selepas Kittikan mula melepaskan tembakan ke udara dari rumahnya di Soi Jiramakorn yang terletak di utara Bangkok.

SITUASI tegang yang berlarutan hampir 24 jam di daerah Sai Mai, Bangkok, Thailand ekoran tindakan seorang anggota polis yang hilang kewarasan dan mengamuk sehingga melepaskan tembakan dari rumah akhirnya reda pada tengah hari Rabu.

Ia selepas komando polis Thailand bertindak menembak dan mencederakan anggota polis terbabit yang dikenal pasti sebagai Leftenan Kolonel Polis Kittikan Saengboon.

Biro Polis Metropolitan (MPB) memaklumkan anggota yang Kittikan kemudiannya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan bagi lukka yang dialami.

Kejadian itu bermula sekitar tengah hari Selasa selepas Kittikan mula melepaskan tembakan ke udara dari rumahnya di Soi Jiramakorn yang terletak di utara Bangkok.

Lelaki berusia 51 tahun itu, yang merupakan seorang inspektor Cawangan Khas dengan mempunyai sejarah penyakit mental itu dilaporkan berterusan melepaskan tembakan daripada senjatanya sepanjang malam.

Penduduk di kawasan kejiranan bagaimanapun telah dipindahkan.

Polis thailanf

Anggota polis Thailand yang mengawal sekitar kawasan luar rumah lelaki tersebut yang terletak di daerah Sai Mai, Bangkok pada Rabu. — Agensi

Dalam usaha meleraikan ketegangan tersebut, polis melepaskan 20 tong gas pemedih mata ke arah rumah itu pada awal pagi Rabu namnun gagal untuk memberikan kesan kepada Kittikan.

Pihak berkuasa juga memutuskan bekalan elektrik ke rumahnya.

Usaha untuk meredakan situasi itu menggunakan kekerasan kerana Kittikan tidak mengambil sebarang tebusan atau menyasarkan mana-mana individu.

Selepas hampir 20 jam rundingan dengan lelaki bersenjata itu dilihat gagal, unit Operasi Khas melakukan tindakan secara mengejut pada awal pagi Rabu denga melonrar bom tangan ke dalam rumah terbabit.

Pada jam 6.20 pagi, unit berkenaan berjaya masuk ke tingkat dua rumah tersebut namun gagal memberkas Kittikan yang berkurung di dalam bilik di tingkat satu.

Kira-kira dua jam kemudian, polis bersenjatakan pistol peluru getah berkumpul di jalan berhampiran untuk menyusup masuk ke dalam rumah dari bahagian tepi.

Sementara itu, perunding terus meminta Kittikan meletakkan senjatanya dan menyerah diri.

Polis turut memainkan lagu rakyat Thailand pada pembesar suara dalam usaha untuk menenangkan anggota polis terbabit.

Pada masa sama, tembakan dilepaskan dari dalam rumah itu dilaporkan turut mengenai seorang polis Operasi Khas yang berada di jalan namun ia hanya menghinggapi topi keselamatan yang dipakai anggota itu dan tidak kecederaan.

Pada 11.25 pagi, wartawan TV di tempat kejadian berkata, polis mendapat akses ke tingkat satu.

Kittikan ditembak dan dilucutkan senjata oleh komando polis pada 12.10 tengah hari, menurut MPB dengan keadaannya masih tidak diketahui.

Dalam pada itu, jiran turut dilaporkan berkata, mereka sering mendengar Kittikan bertengkar melalui telefon. Mereka juga mendakwa ada ketika dia turut melepaskan tembakan ke udara sehingga menyebabkan panik di kawasan kejiranan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram