[VIDEO] Buaya mengganas, ‘kokak’ pagar besi di padang golf


  • Benua
  • Sabtu, 11 Mac 2023

Tangkap layar video memaparkan aksi buaya tersebut ketika membengkokkan pagar terbabit di sebuah padang golf di Amerika Syarikat baru-baru ini.

TIADA apa yang mampu menghalang seekor buaya raksasa daripada melakukan amukan termasuk terpaksa merempuh pagar besi.

Menerusi sebuah video tular, reptilia itu dilihat merempuh pagar besi di sebuah padang golf dengan mudah dalam kejadian di Amerika Syarikat (AS).

Kekuatan menakjubkan haiwan pemangsa itu menyebabkan pagar besi tersebut bengkok, sebelum ia dilihat keluar menerusinya.

"Kami cuba menggali lubang untuk memudahkan buaya itu keluar dari kawasan ini sebelum ia bertindak merempuh pagar, " kata salah seorang kakitangan di padang tersebut.

Katanya, pagar tersebut baru dibina bagi menghalang kemasukan penceroboh serta menjaga keselamatan orang ramai.

Pada masa sama, kakitangan di padang tersebut tidak menyangka akan wujudnya serangan buas tersebut

Meskipun serangan jarang berlaku, pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai untuk terus berwaspada dengan kehadiran buaya yang berukuran lebih daripada empat kaki, yang memberi ancaman kepada haiwan peliharaan, harta benda dan manusia. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram