[VIDEO] Macam ada 'ilmu', budak lelaki selamba gendong buaya belakang badan


  • Benua
  • Selasa, 28 Feb 2023

Tangkap layar memaparkan seorang budak lelaki di Indonesia menggendong buaya di belakang badannya pada Ahad. — Agensi

BUAYA adalah haiwan reptilia yang berdarah sejuk dan ganas. Selain itu, ia turut dikategorikan sebagai haiwan pemangsa yang berbahaya.

Sesiapa sahaja yang berdepan dengan binatang tersebut pastinya akan kecut perut kerana sering kali kita mendengar haiwan pemangsa itu akan bertindak ganas sekiranya rasa terancam.

Namun, berlainan pula kisahnya dengan seorang kanak-kanak lelaki di Indonesia yang mengendong seekor buaya di atas bahunya pada Ahad.

Tindakan berani kanak-kanak itu turut dirakam oleh orang kampung dan dimuat naik semula di halaman Twitter @FunnyVideosID.

Dalam video berdurasi kurang seminit itu, kanak-kanak lelaki berseluar biru berkenaan sedikit pun tidak kelihatan takut mengendong buaya berkenaan.

Buaya yang berada di belakang budak itu pula kelihatan tenang dan tidak melawan ketika kejadian. Dia hanya memegang dua kaki buaya tersebut, manakala muncung haiwan itu diletakkan di atas kepalanya ketika dia berjalan.

Warga maya yang melihat video tular tersebut turut berasa terkejut dengan tindakan kanak-kanak berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan pendapat yang berbeza.

Malah, ada yang berasakan kanak-kanak tersebut mempunyai 'ilmu' yang tinggi.

Ada juga warga maya yang menganggap video tersebut lucu dan kagum dengan keberanian budak lelaki tersebut yang selamba menjinakkan haiwan ganas. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram