Budak lelaki tergamak hayun pisau pemotong daging hanya kerana bapa rampas telefon


  • Benua
  • Rabu, 15 Feb 2023

Tangkap layar memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menghayun pisau pemotong daging ke arah bapanya. — Agensi

PENGGUNA sosial media di China dikejutkan sebuah video tular yang memaparkan seorang murid sekolah mengacukan sebilah pisau ke arah bapanya.

Budak lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana ayahnya tidak membenarkannya bermain permainan video di telefon bimbitnya.

Difahamkan, video bedurasi 13 saat yang dirakam oleh orang awam itu berlaku di wilayah selatan Guangxi, China pada 10 Februari lalu dan mendapat respon berjuta-juta orang dalam talian.

Dalam video tersebut memaparkan budak lelaki itu menghayunkan pisau pemotong daging ke arah bapanya sambil menjerit.

"Pulangkan telefon bimbit saya," jeritnya.

Budak lelaki yang memakai baju seragam sekolah itu dilihat terus menghayunkan pisau tersebut sebelum bapanya berjaya merampas senjata berkenaan dari tangannya.

Individu yang merakam video berkenaan memberitahu, lelaki yang juga bapa kepada kanak-kanak lelaki itu biasanya lebih memanjakan anaknya dan budak lelaki itu mengambil pengecualian kali ini.

Ketagihan permainan video dalam kalangan kanak-kanak bukanlah fenomena baharu di China dan setiap musim sejuk dan musim panas, fenomena itu mencetuskan perdebatan sosial.

Banyak syarikat permainan video memperkenalkan peraturan yang melarang kanak-kanak bawah umur bermain permainan terlalu lama dan memerlukan setiap pemain memuat naik kad pengenalan mereka dan menjalani pengesahan pengecaman muka untuk membuktikan umur mereka.

Sebagai contoh, Tencent Games, pengeluar permainan mudah alih terbesar di China, menetapkan peraturan bahawa kanak-kanak di bawah umur hanya boleh bermain permainan yang dihasilkan oleh Tencent dari 8 malam hingga 9 malam pada 14 hari yang ditetapkan semasa cuti musim sejuk pada ketika ini.

Tetapi langkah-langkah itu tidak mencukupi. Kanak-kanak bawah umur boleh menggunakan telefon ibu bapa mereka dan memintas sekatan.

Video yang tular di aplikasi Weibo itu kini ditonton oleh lebih tujuh juta orang.

Seorang pengguna media sosial terkejut dengan reaksi kanak-kanak lelaki tersebut

“Sangat menakutkan! Dan terdapat ramai kanak-kanak seperti itu," katanya.

“Jika itu anak saya, saya akan maklumkan pihak berkuasa,” kata seorang lagi pengguna media sosial.

Seorang lagi pengguna berasakan sekiranya perkara ini dibiarkan berlarutan keluarga mereka akan menderita. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram