'Kembalikan duit aku', selepas Kedah, fans Sang Badak pula bengang kualiti 'live' berbayar hampeh


  • Podium
  • Rabu, 15 Feb 2023

Penyokong skuad Sang Badak marah dengan kualiti siaran lansung yang disediakan oleh pihak pengurusan kelab tersebut. — Facebook/ Sabah FC

SELEPAS kelab media Kedah Darul Aman (KDA) FC dikecam berikutan kualiti siaran langsung yang mengecewakan, kini pihak pengurusan skuad Sang Badak menerima nasib yang sama pada Rabu ekoran daripada siaran lansung itu tergendala dan menyebabkan penyokong marah.

Difahamkan perlawanan persahabatan Sabah FC menentang Melaka United pada Rabu itu ditayangkan secara langsung menerusi halaman Facebook Sabah Football Club dan penyokong perlu membayar sebanyak RM8.90 secara dalam talian.

Walaupun menang 4-0 menentang Melaka United namun ia tidak memadam api kemarahan penyokong yang sanggup membayar untuk menonton siaran langsung yang diadakan pada Rabu.

Seorang penyokong meluahkan perkara tersebut di laman Facebook The Brotherhood of Sabah Sarawak.

"Kepada pihak pengurusan membuat siaran langsung Sabah FC lawan Melaka United malam ini (Rabu). Kamu pakai pakai fiber optic bah klu buat live.

"Kalau kamu buat siaran langsung guna Celcom atau TuneTalk (capped 3Mbps) yang konon-konon unlimited sebab nak jimat bajet akan jadi begitu.

"Sabah sampai mendahului 3-0 begini saja live. Sudah 30 minit macam ini," katanya.

Video perlawanan yang dikongsikan oleh penyokong. — Facebook

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penyokong yang lain turut marah dengan situasi tersebut.

"Ayammmm baaa live mcm ini. Kalau kena maki nanti kena kecam pula. Terus terang hilang mood. betul-betul rugi," kata Fredy GoNzalez.

Seorang lagi pengguna Stan Atan kata, siaran langsung di radio lagi bagus dari siaran berbayar. kermbalikan duit aku.

Manakala Oscar pula berasakan, siaran langsung tersebut dikendalikan oleh budak-budak sekolah.

"Ini mesti kerja pelajar yang buat ini, nak jimat. Geram aku dengan orang seperti ini. Sudahlah bayar mahal, kembalikan duit aku," katanya.

Jika melihat pada situasi dan luahan daripada penyokong, keadaan ini seharusnya dipandang serius oleh pihak terbabit supaya perkara itu tidak lagi berulang.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram