[VIDEO] Tak sedar dirakam CCTV, 2 wanita berjubah curi susu selit celah kangkang


  • Benua
  • Khamis, 09 Feb 2023

Tangkap layar aksi kedua-dua wanita berkenaan ketika dirakam CCTV.

MESKIPUN memakai tudung, ia bukanlah penghalang buat seseorang daripada terlepas melakukan perkara ditegah agama.

Baru-baru ini, dua wanita lengkap menutup aurat dan memakai pelitup muka bertindak mencuri susu di sebuah pasar raya di Indonesia.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) premis berkenaan, kedua-kedua wanita itu pada mulanya berdiri bertentangan antara satu sama lain di bahagian rak minuman dan berpura-pura membeli barangan.

Sambil memegang barangan yang berada di dalam premis itu, mereka memandang ke kiri dan ke kanan bagi memastikan keadaan selamat untuk meneruskan rancangan jahat tersebut.

Tidak beberapa lama kemudian, mereka secara bergilir-gilir mengambil enam kotak susu formula berjenama Dancow dan memasukkannya ke dalam jubah.

Video tular itu dikongsikan salah seorang kakitangan premis berkenaan di laman TikTok @aalimey.

"Bagi yang mengenali wanita ini, sila berhati-hati kerana mereka mencuri susu di tempat kerja saya.

"Harap anda sedar apa yang anda lakukan ini boleh merugikan pekerja seperti kami," katanya menerusi kapsyen dalam video tersebut.

Namun, kedua-kedua wanita itu masih belum dapat ditangkap sehingga kini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram