Warga emas OKU tinggal sendirian ditemukan rentung tepi tingkap, rumah musnah dijilat api di Bentong


  • 112
  • Jumaat, 03 Feb 2023

Rumah separuh kekal didiami mangsa itu musnah 90 peratus. — JBPM Pahang

SEORANG warga emas Orang Kelainan Upaya (OKU) rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Paya Pelantar, dekat Bentong, Pahang pada Khamis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Yusof Idris, 65, ditemukan di tepi tingkap biliknya.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 9.02 malam, sebelum 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dan Karak digerakkan ke lokasi kejadian.

"Rumah separuh kekal dipercayai didiami mangsa berseorangan itu musnah 90 peratus. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram