SERAMAI 40 orang dilaporkan maut apabila sebuah bas yang dinaiki terjunam ke dalam gaung di Lasbela, daerah Balochistan, Pakistan dalam satu kemalangan pada Ahad.
Asisten Komisioner di daerah berkenaan, Hamza Anjum Nadeem berkata, laporan awal melaporkan kenderaan tersebut membawa seramai 44 penumpang.
Katanya, mayat kesemua mangsa, termasuk wanita dan kanak-kanak sudah dikumpulkan dengan mereka yang terselamat dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
"Insiden yang ketika itu dipandu secara laju melanggar sebuah tiang di jabatan. Bas berkenaan kemudiannya jatuh ke dalam gaung sebelum terbakar," katanya.
Tambah Hamza, kebakaran yang berlaku mengakibatkan hampir keseluruhan yang maut tidak dapat dikenal pasti dan akan dibawa ke hospital di daerah berdekatan untuk dilakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Sementara itu, Ketua Menteri Balochistan, Mir Abdul Qudoos Bizenjo mengucapkan salam takziahnya kepada keluarga dan kenalan mangsa dan mengarahkan pihak berkuasa untuk memberi rawatan terbaik kepada mereka yang cedera. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram