[VIDEO] Niat baik bertukar tragedi, wanita dirempuh ketika beri anjing liar makan


  • Benua
  • Selasa, 17 Jan 2023

Tejaswita (gambar) terpaksa dibawa ke hospital sebelum kepalanya dijahit. — Agensi

MALANG tidak berbau, itulah apa yang boleh disifatkan mengenai nasib seorang wanita yang berasal dari Chandigarh, India apabila dirempuh sebuah kereta ketika memberi makan kepada anjing liar pada waktu malam.

Kemalangan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dengan memaparkan mangsa yang dikenali sebagai Tejaswita dilanggar kenderaan dipandu laju berkenaan.

Berdasarkan laporan semasa, individu tersebut berada dalam keadaan kritikal, namun sudah mendapatkan rawatan di Hospital GMSH-16 dengan doktor memberi jahitan di kepalanya.

Bapa mangsa, Ojaswi Kaushal memperoleh rakaman tersebut sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan selepas pemandu tersebut melarikan diri dari lokasi kejadian.

Katanya, Tejaswita sudah sedarkan diri dan kini mampu berinteraksi bersama ahli keluarganya yang lain.

Menurut Kaushal, Tejaswita dan isterinya kerap berkunjung ke pasar berdekatan untuk memberi makan kepada anjing liar yang berada di kawasan tersebut.

Setakat ini, siasatan masih dilakukan pihak berkuasa untuk mengenal pasti kenderaan tersebut dengan tiada kenyataan diberikan oleh mangsa yang masih menerima rawatan.

Mangsa merupakan seorang graduan dalam bidang kejuruteraan dan sedang melakukan persiapan untuk menghadapi ujian bagi menempatkan diri dalam perkhidmatan awam. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram