SEORANG remaja maut selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah pengangkutan awam di kawasan kejiranan Penarol di Montevideo, Uruguay.
Menurut saksi, kejadian yang berlaku pada pukul 10 malam, 7 Januari lalu itu berlaku dalam sekelip mata.
Mangsa yang dikenali Ezequiel Diaz meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan akibat impak rempuhan bas tersebut.
Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan itu juga tidak memberhentikan kenderaannya dan meneruskan perjalanan selepas kejadian itu.
Memetik laporan media antarabangsa Saltoal.com berkata, pemandu kenderaan awam tersebut sudah dipanggil untuk memberikan keterangan dan dibebaskan selepas itu.
Melalui rakaman kamera litar telivisyen tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa yang berusia 18 tahun sedang melintas jalan ketika bas tersebut membelok ke kiri di sebuah persimpangan lampu isyarat.
Difahamkan bas itu memasuki laluan yang salah dan melakukan kesalahan jalan raya kerana menggunakan laluan berkenaan walaupun terdapat papan tanda yang menyatakan laluan tersebut tidak boleh dilalui.
Mangsa dilihat cuba mengelak namun gagal sebelum dirempuh pengankutan awam tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram