[VIDEO] Budak main pistol sebenar bersiaran secara ‘live’


  • Benua
  • Selasa, 17 Jan 2023

Tangkap layar video kanak-kanak tersebut ketika menarik picu pistol terbabit dalam insiden di Beech Groove, Indiana, Amerika Syarikat.

SEORANG bapa dituduh mengabaikan anak lelakinya, selepas kanak-kanak itu dilihat bermain dengan sepucuk pistol di sebuah pangsapuri baru-baru ini.

Kejadian tersebut yang berlaku di Beech Groove, Indiana, Amerika Syarikat disiarkan secara langsung dalam rancangan 'On Patrol: Live' di saluran REELZ.

Menerusi video itu, kanak-kanak berusia 4 tahun tersebut bukan sahaja bermain dengan pistol berkenaan, malah dia juga dilihat menarik picu senjata terbabit.

Bapa kanak-kanak itu, Shane Osborne, 45, sudah pun ditahan dan dijadual hadir untuk dituduh di mahkamah pada petang Selasa.

Laporan polis mendedahkan, mereka menemui sepucuk pistol dengan 15 butir peluru 9 milimeter (mm) di lokasi kejadian.

Polis dijangka mendedahkan maklumat tambahan mengenai kes tersebut pada Isnin depan.

Menerusi satu kenyataan, Datuk Bandar Beech Groove, Dennis Buckley berkata, beliau diberitahu mengenai kejadian itu sejurus ia berlaku.

"Saya berasa malu dengan apa yang berlaku dan pada masa sama saya amat bersyukur kerana tiada sesiapa yang cedera, terutama anak kecil itu.

"Saya juga menghargai tindakan pantas pihak polis untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram