PERGADUHAN sekumpulan wanita di sebuah jalan raya tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi rakaman video, dua orang wanita dilihat menyerang ganas seorang gadis berhampiran sebuah universiti di Roorkee, India.
Video berdurasi 20 saat itu pada mulanya memaparkan seorang gadis berbaju hijau yang tidak berdaya melawan, teruk dibelasah oleh seorang wanita berbaju biru tua.
Tidak lama kemudian, seorang lagi wanita lain datang menghampiri mereka dengan membawa sebatang kayu, sebelum memukul badan gadis berbaju hijau berkenaan.
Meskipun terdapat beberapa wanita lain di lokasi kejadian, ada yang segera melarikan diri apabila ketakutan melihat mangsa dipukul dengan kayu tersebut.
Pada masa sama, ada juga orang awam yang menjadi saksi bertindak meleraikan pergaduhan itu.
Difahamkan, insiden itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati kedua-dua suspek terhadap mangsa ketika menghadiri sebuah parti, sebelum kejadian.
Disebabkan itu, kedua-dua wanita terbabit kemudiannya mengekori mangsa sebelum menyerangnya di tepi jalan berhampiran sebuah universiti terbabit.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan susulan dan dilaporkan stabil, sementara kedua-dua suspek kini diburu polis India. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram