[VIDEO] Cemburu punya pasal, 2 lelaki tak malu ‘bergocoh’ di pusat beli-belah


  • Benua
  • Rabu, 11 Jan 2023

Tangkap layar pergaduhan antara dua lelaki di sebuah pusat beli-belah di India.

SETIAP pasangan tentu mengharapkan kesetiaan agar hubungan yang terjalin akan kekal sehingga ke gerbang perkahwinan.

Bagaimanapun tidak semua yang diharapkan berakhir dengan kegembiraan kerana setiap hubungan ada dugaan masing-masing.

Begitu juga kejadian yang berlaku ke atas dua orang lelaki apabila kedua-duanya bergaduh di sebuah pusat beli-belah di India baru-baru ini.

Berdasarkan rakaman tular, seorang lelaki yang mengenakan kemeja-T putih dipercayai tidak berpuas hati apabila teman wanitanya bersama individu lain.

Bagaimanapun, ada pihak yang berpendapat pergaduhan tersebut berpunca apabila lelaki terbabit berang kerana teman wanitanya digoda oleh seorang lagi lelaki lain.

Disebabkan itu, lelaki berkenaan marah dan mencetuskan kekecohan sehingga menyebabkan beberapa individu yang berada di kawasan berhampiran berasa cemas.

Selain itu ada juga yang mengambil peluang merakam insiden pergaduhan terbabit dan memilih untuk menjadi penonton berbanding cuba meleraikan mereka.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan nasib kedua-dua lelaki berkenaan selepas pergaduhan itu berakhir. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram