
DUA lelaki yang merupakan sahabat baik terlibat dalam kejadian pergaduhan di luar sebuah kelab malam selepas berlaku pertengkaran antara mereka baru-baru ini.
Kejadian yang berlaku di Maharashtra, India itu dikatakan berpunca apabila kedua-duanya berada dalam keadaan mabuk.
Difahamkan, salah seorang lelaki terbabit asyik bercakap tanpa henti meskipun sudah beberapa kali diminta untuk berhenti oleh rakannya.
Perbuatan mangsa itu secara tidak langsung membuatkan suspek menjadi marah lalu ‘melepaskan’ satu tumbukan.
Berasa tidak puas hati ditumbuk, mangsa cuba melakukan serangan balas sehingga menyebabkan pergaduhan berlaku.
Beberapa individu yang berada di tempat kejadian turut berusaha meleraikan pergaduhan mereka, namun tidak berjaya.
Keadaan terkini kedua-dua sahabat itu bagaimanapun tidak diketahui, namun difahamkan keterangan mereka telah diambil polis bagi membantu siasatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram