[VIDEO] Dua lelaki berjotos guna helmet depan wanita di Ipoh, polis minta hubungi ASP Norshaharah


  • 112
  • Ahad, 25 Dis 2022

Tangkap layar video dua lelaki bergaduh menggunakan topi keledar di tengah persimpangan jalan di Taman Klebang Jaya, Ipoh baru-baru ini.

POLIS sedang menyiasat kejadian dua individu yang bergaduh menggunakan topi keledar di persimpangan jalan dipercayai berlaku di Laluan Klebang Jaya 13, Taman Klebang Jaya, Ipoh, Perak seperti tular dalam rakaman video.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya mengesan video tular mengenai kejadian yang belum dapat dipastikan tarikh dan masa itu di laman Facebook dan sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar.

"Polis menyeru individu yang merakam kejadian atau mana-mana saksi awam supaya berhubung dengan Asisten Supritendan Norshaharah Marzuki di talian 010-3790508 bagi membantu siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Rakaman video berdurasi 20 saat itu menunjukkan dua lelaki memukul antara satu sama lain menggunakan topi keledar sebelum bergelut dan bertumbuk di tengah persimpangan jalan berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram