[VIDEO] Nak bermanja tak kena tempat, habis tangan disiat-siat ketika belai singa


  • Benua
  • Khamis, 29 Dis 2022

Tangkap layar video tular memaparkan aksi mangsa cuba membelai haiwan buas terbabit sebelum tiba-tiba dibaham.

GARA-GARA ingin bermanja dengan seekor singa, seorang lelaki menerima padah apabila diserang haiwan buas tersebut baru-baru ini.

Menerusi video tular, lelaki itu diserang haiwan tersebut selepas mangsa cuba membelainya di sebuah zoo.

Ketika kejadian, salah seorang pengunjung pada mulanya memasukkan tangannya melalui jeriji sangkar haiwan itu untuk membelainya.

Melihat singa tersebut tenang dan tidak sebarang tindak balas, mangsa bertindak melakukan perkara sama.

Namun, malang baginya apabila singa itu bertindak menggigit tangan mangsa, ketika dia cuba membelai kepala haiwan buas terbabit.

Mangsa yang menjerit kesakitan segera menarik tangannya dari sangkar, seterusnya melarikan diri dari sangkar tersebut.

Sementara itu, haiwan tersebut yang kedengaran mengaum, membuatkan pengunjung yang menyaksikan kejadian berkenaan segera meninggalkan lokasi.

Video berdurasi 15 saat itu dikongsi di laman Twitter, manakala lokasi kejadian masih belum diketahui.

Sejak dikongsi pada Isnin, video itu sudah mendapat lebih daripada 22,000 tontonan, 521 tanda suka (likes) dan beberapa komen marah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram