[VIDEO] Padah naik motosikal bertiga, tak pasal-pasal bertukar jadi 'orang minyak'


  • Benua
  • Rabu, 28 Dis 2022

Tangkap layar kesemua mangsa yang bertukar menjadi hitam macam 'orang minyak' selepas terjatuh ke dalam longkang yang dipenuhi lumpur di Indonesia.

TIGA remaja seolah-olah bertukar menjadi seperti 'orang minyak' selepas terlibat dalam satu kemalangan di Indonesia pada Selasa.

Punca kejadian difahamkan berlaku ketika mereka bertiga menaiki sebuah motosikal secara bersama.

Namun, motosikal yang ditunggangi kesemua mereka kemudian terbabas sebelum masuk ke dalam longkang yang dipenuhi lumpur.

Kesan kemalangan itu membuatkan kesemua mereka bertukar menjadi hitam, akibat daripada lumpur di dalam longkang itu.

Namun, kesemua mereka juga sempat dibantu masyarakat setempat di lokasi kejadian manakala motosikal mereka pula masih berada di dalam longkang.

Difahamkan, punca mereka terbabas kerana hilang keseimbangan disebabkan menunggang motosikal secara bertiga.

Sementara itu, ruangan komen juga dipenuhi dengan warganet yang menganggap kejadian itu sebagai satu pengajaran buat mereka untuk menunggang motosikal mengikut peraturan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram