[VIDEO] Padah rembat kulit kerang, pelajar histeria dirasuk makhluk halus


  • Benua
  • Rabu, 14 Dis 2022

Tangkap layar video pelajar yang dirasuk di pusat cenderamata di Bali.

KESERONOKAN lawatan sambil belajar oleh beberapa pelajar bertukar tragedi, apabila mereka dirasuk makhluk halus.

Menerusi video tular, para pelajar tersebut yang sedang histeria dilihat terduduk di atas jalan raya di sebuah tempat letak kereta dekat pusat cenderamata.

Pada masa sama, terdapat dalam kalangan mereka yang dilihat meraung, malah ada juga yang hanya duduk diam sambil memeluk guru-guru pengiring yang cuba menyedarkan mereka.

Kejadian tersebut berlaku di Gianyar, Bali, Indonesia pada Isnin lalu.

Punca dirasuk terbongkar

Difahamkan, perjalanan mereka turut diiringi oleh makhluk halus yang tinggal di kuil yang sudah mereka lawati sebelum ini.

Salah seorang pelajar itu dipercayai mengambil kulit kerang di kuil terbabit dan membuangnya di kawasan Batubulan.

Bukan itu sahaja, ada di antara mereka yang dipercayai sengaja memijak dan meludah makanan untuk disajikan kepada makhluk halus semasa upacara pemujaan.

Malah, para pelajar itu juga dipercayai mengeluarkan perkataan lucah ketika berada di Penglipuran.

Disebabkan tidak mampu mengawal jumlah pelajar yang dirasuk, guru-guru pengiring akhirnya meminta bantuan daripada ketua adat setempat.

Pelajar-pelajar tersebut kemudian dirawat dan pulih seperti sediakala.

Mereka kemudian diminta mengambil semula kulit kerang yang dibuang untuk diletakkan di tempat asal. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram