[VIDEO] Degil arahan penganjur, penonton cedera 'dilibas' motosikal terbabas


  • Benua
  • Selasa, 13 Dis 2022

Tangkap layar video yang memaparkan seorang pelumba terbabas sebelum motosikalnya tercampak ke arah penonton.

PERLUMBAAN motosikal Bolo Labuhanbatu Open Road Race 2022 bertukar tragedi apabila sejumlah penonton mengalami kecederaan akibat dilibas sebuah motosikal yang terlibat kemalangan.

Kejadian yang berlaku di Litar Terminal Padang Bulan, Rantau Utara, Indonesia pada Ahad lalu itu turut tular di media sosial.

Menerusi video tular itu, pelumba pada mulanya terjatuh sebelum motosikalnya tercampak hingga melibas penonton yang berada di tepi litar.

Malah, menerusi video itu juga, dapat dilihat tiada sebarang penghadang keselamatan antara penontan dan litar tersebut.

Jurucakap penganjur perlumbaan itu, Romario Simangunsong berkata, pihaknya tidak akan bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada penonton.

"Mereka yang cedera itu adalah atas kesalahan diri sendiri kerana sebelum itu kita sudah mengingatkan bahawa penonton tidak dibenarkan berada di situ.

"Kita sudah sediakan ruang tontonan yang lebih selamat namun ada yang ingkar dan akhirnya tercedera," katanya.

Terdahulu, perlumbaan itu diadakan sebagai ruang untuk menarik anak muda mempamerkan bakat mereka berlumba motosikal dengan cara yang lebih selamat.

Malah, penganjurannya juga bertujuan untuk mengurangkan aktiviti lumba haram di jalan raya yang boleh mengancam nyawal lebih ramai orang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram