CUTI sekolah menjadi detik paling seronok dan tidak sabar dinantikan oleh pelajar sekolah.
Masakan tidak, inilah waktunya untuk bersuka ria dan bergembira tanpa perlu memikirkan bebanan kerja sekolah mahupun menyertai sebarang aktiviti dalam kelas.
Namun, tempoh masa yang terlalu panjang itu secara tidak langsung akan mengakibatkan bosan dan buntu untuk mengetahui aktiviti apakah yang ingin dilakukan.
Jangan risau, ini penyelesainya!
Berikut cadangan Majoriti mengenai beberapa aktiviti yang boleh dilakukan ketika musim cuti sekolah.
Kraftangan
Mempamerkan bakat kreativiti terpendam seperti mempelajari cara pembuatan kraftangan antara salah satu perkara yang boleh dilakukan ketika cuti sekolah.
Selain mempelajarinya daripada buku sebagai bahan rujukan, video yang dimuat naik ke media sosial juga antara salah satu yang boleh dilakukan.
Antaranya membuat perhiasan seperti gelang, rantai atau anting-anting. Mempelajari cara-cara untuk membuat lilin aroma atau melukis.
Dalam pada itu boleh juga menggunakan bahan kitar semula seperti botol plastik, batang aiskrim atau kulit telur.
Bersukan
Bagi mengelakkan kebosanan duduk di rumah terlalu lama, apa kata keluar sebentar pada waktu petang untuk beriadah.
Aktiviti bersukan seperti bermain bola sepak, badminton, joging atau bermain kasut roda antara perkara yang boleh dilakukan ketika waktu lapang.
Malah anda juga boleh fikir untuk menjalani aktiviti perkhemahan bersama keluarga.
Membuat kek
Mempelajari cara untuk membuat kek antara satu perkara yang boleh dilakukan di rumah. Selain memantapkan kemahiran, aktiviti ini turut mampu mengeratkan hubungan antara keluarga.
Sekiranya masih ragu-ragu, tidak salah mempelajarinya cara pembuatannya daripada buku masakan atau di YouTube.
Bersantai bersama rakan
Tidak dinafikan ketika sesi persekolah turut berpeluang untuk bertemu dengan rakan-rakan. Namun, persekitaran itu berbeza apabila musim cuti sekolah.
Pelbagai perkara boleh dilakukan bersama dengan rakan-rakan seperti berbasikal, bermain permainan video, permain permainan seperti bingo, catur atau uno.
Kursus pendek
Sesi cuti persekolahan ini boleh digunakan untuk mempelajari kemahiran baharu tidak mengira sama ada mempelajari bahasa ketiga, memahirkan diri dengan sebarang mata pelajaran di sekolah atau kelas muzik.
Pembelajaran ini hanya dilakukan untuk tempoh masa sesi pengajian jangka masa pendek.
Membaca
Rancakkan budaya membaca tidak mengira dalam kalangan kanak-kanak mahupun peringkat remaja. Ibu bapa cuba memberikan galakkan kepada anak-anak untuk membaca seperti memasak hidangan kegemaran atau dalam bentuk wang ringgit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram