SEORANG lelaki diikat di hadapan sebuah trak bergerak di bandar Sri Mukhtar Sahib, Punjab India selepas ditangkap mencuri guni gandum.
Dalam rakaman tular itu, pencuri berkenaan diikat pada trak tersebut manakala seorang lelaki dipercayai pengawal bertugas sedang memegang suspek untuk dibawa ke balai polis.
Dikongsikan di laman Twitter, insiden itu hangat diperkatakan warganet dan telah menerima lebih 1,000 jumlah tontonan setakat ini.
Sementara itu, satu lagi kes kecurian guni gandum turut berlaku dan tular di laman media.
Kejadian itu sedikit berbeza daripada yang sebelumnya kerana pencuri tersebut mengambil guni dari sebuah kenderaan bergerak sambil dikejar rakannya yang menunggang motosikal dari belakang.
Selepas berjaya melarikan guni tersebut, pencuri terbabit kemudiannya melepaskan gandum itu sebelum dilarikan rakannya di belakang.
Mengulas lanjut berkenaan kedua-dua isu tersebut, Timbalan Penguasa Sri Muktsar Jagdish Kumar berkata, tindakan keras akan diambil terhadap kedua-dua pencuri terbabit.
“Dua kes tersebut telah tular di laman media. Kes pertama melibatkan seorang lelaki yang mencuri gandum bersama rakannya dengan motosikal manakala kes kedua pula memaparkan pencuri sudah tertangkap dan diikat di hadapan trak.
“Tindakan akan diambil terhadap kedua-dua pencuri terbabit serta individu yang mengikat suspek pada trak juga akan didakwa,” katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram