[VIDEO] Gara-gara rebut jantan, wanita teruk dibelasah 4 individu


  • Benua
  • Selasa, 29 Nov 2022

Tangkap layar insiden pergaduhan merebut teman lelaki di India.

SUASANA sebuah bangunan menjadi kecoh dan tidak terkawal selepas tercetus pergaduhan sekumpulan wanita baru-baru ini.

Menerusi video tular, pergaduhan itu melibatkan lima wanita di Bihar, Sonpur, India.

Umpama lagak jantan, video berkenaan memaparkan empat daripadanya memukul dan membelasah salah seorang wanita tersebut.

Pada masa sama, seorang daripadanya dilihat menyiku dan menendang badan mangsa secara bertubi-tubi.

Turut berada di tempat kejadian adalah teman lelaki mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan itu.

Difahamkan, punca kejadian itu hanya semata-mata merebutkan lelaki terbabit, manakala salah seorang wanita yang terlibat dalam pergaduhan itu pernah menjalinkan hubungan bersamanya.

Kejadian itu turut disaksikan oleh orang ramai yang tidak melakukan sebarang tindakan bagi meleraikan pergaduhan tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

belasah, rebut jantan, India, curang