[VIDEO] Budak tahfiz, kekasih kena tangkap basah berdua-duaan di tandas masjid


  • Benua
  • Selasa, 29 Nov 2022

Tangkap layar rakaman tular pasangan remaja ditangkap basah di sebuah masjid di daerah Parang, Indonesia. — Agensi

LAGI kes perbuatan maksiat dilaporkan dilakukan tanpa segan silu di masjid. Terbaharu, dua pasangan anak muda dicekup melakukan perkara terkutuk itu di tandas Masjid Baitul Mukhlisin di Kampung Ngaglik, daerah Parang, Indonesia pada Ahad.

Menurut laporan Detik Jatim, pelajar lelaki itu merupakan penuntut di sebuah universiti manakala murid perempuan itu adalah pelajar Madrasah Aliyah.

Ketua Perhubungan Awam Polis Magetan, Ajun Komisaris Budi Kuncahyo memaklumkan, kedua-dua pelajar itu dari daerah Pacitan namun berbeza mukim.

Katanya, mereka ditangkap penduduk setempat sebelum dibawa ke Balai Polis Parang. Polis juga telah memanggil keluarga kedua-dua pasangan itu.

Ketika tangkapan, ada penduduk sempat merakam insiden itu sebelum videonya tular di media sosial.

Menerusi rakaman tersebut, kedua-dua pasangan itu hanya menundukkan kepala ketika dimarahi penduduk yang menegur perbuatan mereka berdua-duaan di masjid.

Susulan penularan video itu, rata-rata netizen menganggap surau dan masjid wajar dikunci selepas urusan ibadah kerana dikhuatiri disalahgunakan untuk aktiviti maksiat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram