Siar: Di sebalik dunia glamor, anak seni ke layar perak kongsi realiti kehidupan


  • Hiburan
  • Isnin, 28 Nov 2022

Filem yang menceritakan tentang kehidupan anak seni dan kepayahan untuk menereuskan kelangsungan dalam industri di angkat ke layar perak.

UMUM mengetahui industri hiburan itu merangkumi, nyanyian, lakonan dan pengacaraan selain menjalani kehidupan penuh glamor.

Meskipun begitu, peminat tetap ingin menonton bagaimana perjalanan kehidupan sebagai penghibur.

Biarpun hidup sarat dengan populariti dan wang ringgit, namun sebahagian naskhah yang ditonjolkan menunjukkan kepayahan untuk mendapat tempat dalam lapangan tersebut.

Sama juga dengan pilihan kerjaya lain, kerja keras dan kesungguhan diperlukan untuk bertahan lama.

Berikut barisan filem yang menjadikan dunia hiburan sebagai latar belakang.

Filem: Getaran

Tahun: 2001

Getaran_01

Filem ini dibintangi oleh Datuk Awie, Fiza Halim, Faizal Hussein, Aida Rahim, Opie Zami, Aida Khalida dan kumpulan Kristal.

Menceritakan tentang bagaimana sekumpulan pemuzik yang menggelarkan diri sebagai Kristal.

Mereka berminat untuk menjadi artis rakaman dan berusaha untuk memenuhi impian mereka agar dapat bergelar penyanyi.

Bagaimanapun bukan mudah buat mereka untuk mengecapi impian itu kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran.

Filem: Aku No.1

Tahun: 2004

Mengetengahkan genre komedi, filem ini dibintangi oleh Datuk Aznil Nawawi, Azwan Ali, Jeslina Hashim, Yassin Yahya, Jaafar Onn dan Rosnah Mat Aris.

Filem ini merupakan karya pertama arahan Aznil yang menceritakan tentang perbalahan dua pengacara untuk menyandang gelaran nombor satu.

Masing-masing bagaikan tidak mahu mengalah dan berusaha mengguna pelbagai cara untuk memburukkan satu sama lain.

Filem: Layar Lara

Tahun: 1997

Bagaikan berlakon filem dalam filem, naskhah arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba ini menceritakan tentang usaha seorang pengarah untuk menghaslkan filem.

Antara pelakon yang terlibt ialah Ida Nerina, Sidi Oraza, Allahyarham Azean Irdawaty, Mai Bai, Kavita Sidhu, Melissa Saila, Shazleen Shahbi, Fatimah Abu Baka dan Siput Sarawak.

Mencerita beberapa seniman sedang melakukan latihan skrip dengan pengarah. Namun, disebabkan berlaku perubahan barisan pelakon baharu dan lama menyebabkan perlaku perselisihan faham antara mereka.

Filem ini mengisahkan tentang kepayahan pelakon untuk kekal relevan dalam industri.

Filem: Pemburu Bayang

Tahun: 1993

MV5BYzMyMjY5ZmUtOTQ4ZS00MzZkLWI5N2ItMTI2ZjQ0OWY0OTc2XkEyXkFqcGdeQXVyNDkyMzMyODM@._V1_FMjpg_UX1000_

Menceritakan tentang hubungan pasangan selebriti antara Awie dan Ella yang dibintangi oleh figura terkenal itu sendiri.

Percintaan mereka bagaimanapun berantakan kerana 'kehadiran' wanita misteri bernama Ruby.

Disebabkan itu kedua-duanya bertengkar dan memutuskan hubungan

Diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam, filem ini turut dibintangi oleh Shaharuddin Thamby, Malek Noor, Raja Azura dan Roy Azman.

Filem: Diva Popular

Tahun: 2006

Screenshot M

Filem arahan Erma Fatima ini antara karya yang menggambarkan tentang kehidupan industri hiburan yang berdepan dengan persaingan popular.

Kemunculan artis baharu secara tidak langsung memberi kesan kepada populariti bintang lama yang berkemungkinan terancam.

Menampilkan genre komedi, filem ini dibintangi oleh Datin Paduka Umie Aida, Ezlynn, Datuk Afdlin Shauki, Sheila Rusly dan Allahyarham Azean Irdawaty. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram