PENDUDUK kampung Jalan Pantai Dewi, Slamaran, Kampung Krapyak Lor, Indonesia dikejutkan dengan penemuan seorang bayi lelaki di dalam timbunan sampah pada Selasa.
Difahamkan, bayi tersebut ditemui oleh penduduk kampung ketika sedang mencari ketam di sekitar lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Pekalongan Utara, AKP Joko Hendro berkata, bayi berkenaan ditemui sekitar pukul 4 pagi oleh dua penduduk kampung.
"Ketika kejadian, penduduk kampung terdengar suara tangisan bayi ketika sedang mencari ketam dan alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ia merupakan suara seorang bayi.
"Bayi berkenaan diletakkan dalam sebuah guni timbunan sampah dan daunan kering.
"Dalam guni itu terdapat sampah, pek susu tepung, sebotol minyak masak dan guni berkenaan diletakkan di dalam semak," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam kejadian tersebut.
"Kalau terlanjur atau hamil anak luar nikah sekali pun, jangan buang bayi itu, kasihan dia tidak bersalah dan masih kecil lagi, sepatutnya dijaga dengan kasih sayang bukannya dibuang," kata elllakhtar.
"Jika betul sudah tidak mahu bayi itu, serahkan kepada rumah anak yatim ataupun sekurang-kurangnya tinggalkan di tempat yang bersih bukan dalam timbunan sampah," jelas wandakaptari.
"Malang nasib bayi itu, dapat ibu bapa kejam seperti itu, sanggup buang anak sendiri dalam timbunan sampah," tambah megawanto.
Bayi berkenaan dipercayai baru sahaja dilahirkan kerana masih bertali pusat ketika ditemui dan kini telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram