[VIDEO] Umpan coklat sebelum rogol budak 5 tahun, lelaki hanya kena denda ketuk ketampi


  • Benua
  • Jumaat, 25 Nov 2022

Tangkap layar video suspek perogol yang hanya dikenakan hukuman ketuk ketampi oleh penduduk kampung

SELEPAS melempiaskan nafsu ke atas kanak-kanak perempuan, seorang lelaki hanya dikenakan hukuman ringan dan tidak setimpal dengan perbuatan kejamnya.

Menerusi sebuah video tular, lelaki terbabit hanya perlu ketuk ketampi sebanyak lima kali di depan orang ramai, selepas didakwa merogol kanak-kanak berusia lima tahun.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kampung di daerah Nawada di Bihar, India.

Berdasarkan maklumat awal, lelaki itu pada mulanya membawa kanak-kanak terbabit ke ladang ayamnya dan berjanji untuk memberikan coklat, sebelum dipercayai bertindak merogol mangsa.

Apabila lelaki itu ditangkap oleh penduduk kampung, mereka memutuskan untuk tidak membawanya kepada pihak berkuasa sebaliknya menjatuhkan hukuman sendiri.

Mereka memutuskan lelaki itu sebagai tidak bersalah merogol kanak-kanak berkenaan, namun hanya menghukumnya atas sebab membawa mangsa ke tempat terpencil.

Video hukuman yang berlegar-legar di media sosial mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen, yang kebanyakannya menganggap perkara itu sebagai tidak adil.

Sementara itu, pihak polis berkata, tindakan akan diambil terhadap suspek, manakala pihak yang bersubahat menutup kesalahannya turut akan disoal siasat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram