Ibu lempar bayi dikendong, panik lihat anak terjun sungai


  • Benua
  • Jumaat, 25 Nov 2022

Tangkap layar video tular yang memaparkan seorang wanita melempar bayinya.

SEORANG bayi nyaris maut selepas dilempar ibunya yang panik selepas seorang lagi anaknya secara tiba-tiba lompat ke dalam sungai di sebuah kampung di Indonesia.

Menerusi video tular di media sosial itu, wanita itu mengendong bayinya bersama seorang lagi anak sambil berbual dengan jirannya.

Ketika sedang berbual, anak wanita itu secara tiba-tiba melompat ke sungai.

Panik dengan situasi yang berlaku, wanita itu tanpa berfikir panjang telah mencampak bayi yang dikendongnya demi menyelamatkan seorang lagi anaknya.

Jirannya yang melihat kejadian itu kemudian mengangkat dan menenangkan bayi yang sedang menangis kesakitan.

Sementara itu, ruangan komen juga dipenuhi warganet yang risau dengan keadaan bayi tersebut.

Ada juga yang berpesan supaya kanak-kanak yang sedang aktif supaya tidak dibawa berhampiran sungai atau lokasi berisiko untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram