(VIDEO) Litar pintas punca kereta api keluar asap, api terpecik


  • Benua
  • Isnin, 14 Nov 2022

Tangkap layar video memaparkan kepulan asap dan percikan api di sebuah kereta api.

PERCIKAN api dan kepulan asap yang dilihat keluar dari sebuah kereta api di Shanghai, China tular di media sosial.

Menurut syarikat kereta api itu, kejadian yang berlaku pada 11 November itu berpunca daripada kegagalan bekalan kuasa elektrik yang membawa kepada litar pintas.

Tiada sebarang penumpang berada di dalam kereta api tersebut ketika kejadian.

Kejadian itu turut menyebabkan perkhidmatan dua kereta api lain yang berada di laluan sama terganggu.

Ini sekali gus menyebabkan penumpang yang berada di kedua-dua kenderaan awam tersebut tersangkut bagi tempoh sejam.

Syarikat terbabit kemudian mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara sebenar.

"Berhubung kejadian yang berlaku di Metro 11 pagi tadi (11 November), gangguan bekalan elektrik mengakibatkan litar pintas.

"Terdapat bunyi yang kuat, asap dan percikan api, tetapi tiada letupan berlaku. Kami kini sedang berusaha untuk membaiki kerosakan," tulis kenyataan tersebut.

Perkhidmatan kereta api itu kemudian disambung semula pada waktu tengah hari hari yang sama.. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram