[VIDEO] Lelaki berkaki ayam kena hempuk sampai tertiarap dalam tren


  • Benua
  • Khamis, 10 Nov 2022

Tangkap layar video pergaduhan antara dua individu tersebut.

AKSI pergaduhan dua lelaki di dalam sebuah kereta api bawah tanah tular semula di media sosial baru-baru ini.

Dalam video itu, kedua-dua lelaki dilihat tanpa segan silu menumbuk dan menendang antara satu sama lain, sambil disaksikan oleh penumpang lain di dalam kenderaan awam tersebut.

Video berdurasi seminit itu yang dirakam pada 11 September lalu bermula apabila, penunggang basikal itu melanggar lelaki kulit hitam tersebut.

Lelaki kulit hitam yang juga pekerja syarikat penghantar air itu mengarahkannya untuk meminta maaf, namun enggan dituruti.

Selain itu, penunggang basikal berkaki ayam itu juga dipercayai memasukkan ibu jari kakinya ke dalam mulut lelaki kulit hitam berkenaan ketika mereka bergomol.

Pada awalnya, lelaki berkulit putih itu dilihat menguasai 'perlawanan' apabila berulang kali menumbuk lawannya sehingga terduduk di kerusi.

Selepas lebih 30 saat tempoh pergaduhan, lelaki kulit hitam itu kembali melawan dan berulang kali menumbuk kepala penunggang basikal itu dilihat tidak berdaya dan menutup kepalanya.

Orang ramai yang menyaksikan pergaduhan itu meminta supaya ia dihentikan.

Akhirnya, pergaduhan itu berakhir pada saat ke-40.

Identiti kedua-dua lelaki itu masih lagi tidak diketahui dan polis mengesahkan video tersebut merupakan kejadian yang berlaku pada September lepas. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram