[VIDEO] Tolak menolak depan kelab malam punca mekanik maut digilis lori treler


  • Benua
  • Khamis, 10 Nov 2022

Tangkap layar insiden pertengkaran di depan sebuah kelab malam sebelum mangsa digilis lori treler. — Agensi

SEORANG lelaki maut selepas digilis sebuah lori treler dalam satu kejadian yang berlaku di Ocana, Colombia pada Sabtu lalu.

Polis berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam melibatkan mangsa, Edilson Santiago Ramirez, 36, yang bekerja sebagai seorang mekanik.

Ketika kejadian, mangsa sebelum itu terlibat dengan satu pertengkaran di luar sebuah kelab malam.

Pertengkaran itu membawa kepada insiden tolak menolak melibatkan mangsa dan seorang lelaki.

Menerusi rakaman yang tular di media sosial, satu tolakan kuat telah menyebabkan Ramirez terjatuh ke jalan raya sebelum digilis lori treler yang kebetulan lalu di situ.

"Punca pertengkaran masih belum diketahui dan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar sedang dijalankan," kata polis. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram