IBARAT menjerat diri, seorang pencuri menerima padah selepas dia terkurung dalam sebuah sangkar besi.
Namun, apa yang menarik perhatian warga maya ialah pencuri berkenaan terkurung di dalam sebuah sangkar yang cuba dicurinya di salah sebuah rumah.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di daerah Deli Sedang, Indonesia pada Isnin lalu.
Difahamkan, pencuri tersebut gagal mengangkat sangkar besi seberat 20 kilogram (kg) tersebut, sekali gus menyebabkan dia gagal melarikan diri dan ditangkap penduduk kampung.
Sementara itu, Ketua Polis Percut Sei Tuan, M Agustiawan mengesahkan kejadian tersebut.
"Pihak polis menahan seorang lelaki yang merupakan suspek utama dan sedang menjalankan siasatan lanjut," katanya memetik laporan media Deli.Suara. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram