[VIDEO] Wanita mana pernah salah? Doktor mengamuk musnahkan gerai tepi jalan


  • Benua
  • Rabu, 26 Okt 2022

Tangkap layar aksi wanira itu memecahkan barangan jualan kedai tersebut.

SEORANG doktor wanita didakwa menyerang kedai di tepi jalan yang menjual pelita minyak tanah dan merosakkan semua barangan gerai di kawasan Gomti Nagar di Lucknow, Uttar Pradesh, India pada Isnin.

Video wanita itu memusnahkan gerai semasa perayaan Deepavali menjadi viral di media sosial.

Menurut laporan, wanita itu tidak berpuas hati dengan gerai-gerai yang didirikan di hadapan rumahnya dan dia juga sudah memberi amaran kepada pemilik supaya mengalihkan kedai mereka.

Apabila pekedai tidak mengalihkan gerai, dia didakwa menuang air ke atas diya (pelita minyak tanah) dan kemudian memecahkan gerai.

Video tular itu menimbulkan kemarahan orang ramai di platform media sosial.

Orang ramai mengecam wanita itu kerana sikapnya yang panas baran dan seperti tidak boleh berbincang secara baik bersama pemilik kedai.

Menurut laporan zeenews, pemilik kedai membuat aduan bertulis terhadap wanita itu, berikutan kesalahan tersebut.

Seorang pegawai kanan polis berkata, bahawa gerai itu tidak didirikan di kediaman doktor tersebut tetapi bertentangan dengannya.

Tambah pegawai polis itu, setiap tahun, beberapa gerai didirikan pada perayaan itu.

Polis berkata, bahawa mereka sedang menyiasat kejadian itu, manakala doktor itu telah didakwa mengikut beberapa seksyen Kanun Keseksaan India, termasuk Seksyen 427 (menyebabkan kerosakan) dan 504 kanun yang sama (penghinaan yang disengajakan dengan niat untuk mencetuskan keamanan). Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram