TULAR satu rakaman video yang memaparkan kononnya tentera Rusia bergaduh sesama sendiri ketika berada di barisan hadapan dalam perang di Ukraine.
Menerusi perkongsian Sotiri di Twitter, rakaman kejadian itu memaparkan seorang tentera Rusia memukul rakan seperjuangannya kerana bersolat.
Difahamkan, tentera yang dipukul itu merupakan pejuang Chechen yang bersekutu dengan tentera Rusia untuk menyertai perang di Ukraine.
Melalui video tersebut, tentera yang bertindak kasar itu berkata,'Kamu hanya boleh solat bila kami bagi kebenaran, faham!'.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai spekulasi disuarakan warganet tentang video itu.
"Ada yang mengatakan mereka merupakan tentera Ukraine, bukannya tentera Rusia, betul ke?" soal Hyken.
"Ini semua propaganda Ukraine, mereka hanya mahu mencetuskan provokasi," jelas Mr Khan.
"Rusia akan mengatakan itu adalah Ukraine dan Ukraine pula akan mengatakan mereka tentera Rusia," kata Viviane.
Perang di antara Ukraine dan Rusia berlaku sejak Februari 2022 sehingga kini. Pencerobohan yang dilakukan ke atas Ukraine disifatkan sebagai 'operasi ketenteraan khas' oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Dilaporkan, Ukraine kehilangan kira-kira 23,367 anggota tentera setakat ini.
Sejumlah 1,982 orang awam terbunuh, 2,651 cedera, dan 4.8 juta rakyat telah melarikan diri ke negara jiran.
Namun, angka sebenar kematian dipercayai jauh lebih tinggi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram