TULAR satu rakaman video memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki di Kulim, Kedah pada petang Rabu.
Video tersebut dimuat naik oleh semula oleh seorang individu yang dikenali sebagai Arif Danial dalam laman Facebook INFO JENAYAH TERKINI SELURUH MALAYSIA.
"Kedah, 26 Oktober 2022. Benda boleh bincang, buat apa gaduh.
"Lokasi berhampiran Kilang Ansell di Kulim," tulisnya.
Difahamkan, insiden itu dirakam oleh salah seorang warga awam yang melalui jalan raya berkenaan.
Video berdurasi 11 saat berkenaan memaparkan sekumpulan lelaki dalam keadaan marah membelasah pemuda terbabit di tepi jalan.
Mangsa dilihat terduduk terkulai layu selepas ditumbuk dan diterajang sekumpulan lelaki yang berada di tepi jalan raya tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam pergaduhan tersebut.
Muhd Aidan berkata, sekiranya lelaki itu bersalah, mereka tidak patut memukul mangsa beramai-ramai.
"Kalau dia ada buat silap, jangan pukul. Bawa ke balai. Ini pukul macam tak ingat dunia, lepas geram sangat dah tu," katanya.
Seorang lagi warga maya, Sharifah turut meminta orang ramai yang berada di tempat kejadian untuk menghubungi pihak berkuasa.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) tolong ambil tindakan. Orang ramai sila yang berada di tempat kejadin tolonglah buat laporan," tulisnya.
Menurut Faisal pula, warganet tidak boleh membuat tuduhan melulu kerana mungkin ada kisah di sebalik kejadian tersebut.
"Belum tahu apa punca sebenar, mesti ada 'benda' ni sampai yang marah-marah," tulisnya
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram