[VIDEO] Hanya pakai boxer, jiran khianat kantoi campak sampah dalam rumah, cuba rosakkan lampu pagar


  • Tular
  • Khamis, 20 Okt 2022

Tangkap layar seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai melakukan khianat ke atas kediaman jirannya.

HIDUP berjiran memang memerlukan kesabaran dan saling bertolak ansur antara satu sama lain agar dapat menjalani kehidupan muhibbah.

Namun, bukan mudah untuk mewujudkan suasana harmoni sekiranya kedua-dua pihak tidak memainkan peranan mewujudkan keakraban dalam kalangan jiran tetangga.

Namun, tindakan seorang lelaki yang dilihat bagaikan tidak puas hati dengan jiran akhinya membawa padah apabila ditahan oleh pihak berkuasa.

Menerusi rakaman yang tular di TikTok, pemilik akaun bernama Fahmi Ali menunjukkan seorang lelaki dengan hanya memakai boxer biru berjalan-jalan di hadapan sebuah rumah sambil menghisap rokok.

Kejadian dipercayai berlaku di kawasan perumahan di ibu kota.

Rakaman tersebut menunjukkan lelaki berkenaan mengambil daun kering dan rumput dari hadapan rumah berkenaan dan dicampak ke dalam pagar.

Perkara dibuat sebanyak dua kali sebelum suspek yang turut memegang sebatang kayu cuba merosakkan lampu pagar.

Rakaman video seorang lelaki ditahan polis dipercayai atas kesalahan membuat khianat kepada rumah jiran.

Suspek yang melakukan perkara itu sekitar pukul 7.30 pagi kemudian ditahan oleh pihak polis kira-kira 11 pagi pada Selasa.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, difahamkan suspek sebelum ini sudah beberapa kali membuat kekacauan dan mengganggu ketenteraman.

Suspek dikatakan seorang penagih dadah yang mempunyai masalah keluarga dengan ibunya.

Dalam pada itu suspek juga didakwa pemegang kad Orang Kelainan Upaya (masalah mental).

Beberapa penguna media sosial lain meluahkan rasa kesal dan bimbang dengan sikap suspek yang dilihat kurang ajar dan keterlaluan dengan jiran.

“Risau sekiranya dia lepas, dia baas dendam. Jaga diri. Semoga ALLAH lindungi sis dan keluarga,” kata Norrisahrare.

“Saya pernah ada jiran macam ini. Dia tidak suka berkawan dengan orang lain. Jiran saya depan rumah pernah tengok dia ambil sampah campak melalui tingkap masuk dalam rumah,” kata Raja Nik.

Keadaan suspek selepas ditahan dan punca dia berbuat khianat bagaimanapun tidak diketahui. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram