PASUKAN penyiasat polis Philadelphia sedang mengumpul maklumat mengenai kes tembakan ke atas sebuah kereta yang sedang bergerak di Philadelphia Utara, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.
Pihak polis menyiarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai berlaku pada pukul 5.08 petang untuk meminta orang ramai membantu dan menyalurkan maklumat.
Ketika kejadian, seorang lelaki berusia 24 tahun dilaporkan ditembak berkali-kali dari jarak dekat di bahu kiri dan punggung ketika memandu di blok 3300 North Philip Street, Philadelphia Utara.
Berdasarkan rakaman CCTV itu menunjukkan suspek berjalan ke arah kereta mangsa ketika ia memandu di jalan dan melepaskan tembakan ke tingkap tempat duduk pemandu.
Menurut polis tempatan, mangsa kemudiannya dirawat di Hospital Temple, Philadelphia, AS dan berada dalam keadaan stabil.
Pihak polis turut mengatakan sebahagian daripada video itu menunjukkan penembak membuka topeng beberapa saat sebelum kejadian tembakan itu berlaku. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram