SEORANG wanita bertindak agresif selepas diminta untuk membawa keluar anjing peliharaannya dari sebuah pesawat pada Rabu lalu.
Sebuah video tular memaparkan, wanita tersebut menengking dan memaki pramugara ketika mereka cuba mengeluarkan haiwan itu menerusi penerbangan dari Atlanta menuju ke New York, Amerika Syarikat (AS).
Pada masa sama, wanita itu seolah-oleh engan menerima alasan mengapa tindakan membawa haiwan ke dalam pesawat berkenaan menjadi suatu masalah.
Dia juga diminta untuk turun dari pesawat itu, namun bertindak lebih agresif meskipun sudah diberitahu akan menerima ganti rugi.
"Saya tidak melakukan apa-apa kepada kamu semua.
"Kenapa tak boleh benarkan anjing saya duduk di riba saya. Awak semua tak guna," jeritnya kepada semua penumpang.
Bukan itu sahaja, salah seorang penumpang yang merakam kejadian itu turut menerima padah apabila wanita tersebut melempar botol air ke arahnya.
Situasi tegang itu berakhir apabila pramugara bertugas tetap memaksanya keluar dari pesawat berkenaan.
Sementara itu, pihak polis Atlanta memberitahu pemberita bahawa tiada sebarang dakwaan dan tangkapan dibuat ke atas wanita tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram