[VIDEO] Makanan punya pasal, 2 gadis saling berbalas 'tamparan wanita' di kantin sekolah


  • Benua
  • Jumaat, 14 Okt 2022

Tangkap layar pergaduhan dua pelajar di kantin dipercayai berpunca kerana makanan.

MENGHABISKAN masa dengan rakan ketika di bangku sekolah sememangnya antara pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan.

Selain di bilik darjah, kantin juga antara lokasi yang dapat melakar pelbagai momen indah apatah berpeluang menikmati hidangan dengan rakan-rakan.

Bagaimanapun perkara berbeza berlaku kepada dua orang remaja perempuan apabila mereka dilihat saling berbalah sehingga mencetuskan kekecohan baru-baru ini.

Difahamkan kejadian yang berlaku di Kolej Kejuteraan Dayanand Sagar, Bangalore, India itu berpunca daripada kedua-duanya tidak berpuas hati soal makanan.

Insiden yang berlaku di depan khalayak itu dipercayai dirakam oleh seorang pelajar di tempat kejadian.

Menerusi video yang tular, pelajar perempuan berbaju kelabu dilihat menampar pipi rakannya ketika mereka saling bersoal jawab.

Rakaman video menunjukkan dua remaja saling bergaduh di depan khalayak.

Disebabkan tidak puas hati dirinya dipukul, remaja perempuan berbaju biru itu kemudian memukul beberapa kali lawannya itu sebelum dia ditolak sehingga badannya terdorong ke belakang.

Perbalahan antara mereka tidak terhenti di situ memandangkan tiada seorang pun pelajar lain cuba untuk mententeramkan kedua-duanya atau masuk campur.

Semuanya seperti sedang menyaksikan pertarungan secara langsung dan membiarkan mereka bergaduh biarpun perkara itu berlaku di depan umum.

Nasib kedua-dua pelajar terbabit bagaimanapun tidak diketahui, tetapi rata-rata pengguna media sosial Twitter menyuarakan pandangan bahawa mereka akan dikenakan tindakan tatatertib. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram