GANGGUAN daripada makhluk halus sememangnya wujud dan sudah pastinya kita selalu mendengar bahawa ada orang yang dirasuk bertindak di luar kawalan.
Terbaharu, satu rakaman video seorang lelaki dipercayai dirasuk kini tular di media sosial sejak Khamis.
Difahamkan insiden rasuk yang dimuat naik di halaman Facebook Group Pencinta Kucing itu berlaku di Kelantan berdasarkan dialek yang digunakan.
"Kenapa kucing itu yang menjadi mangsa?," katanya.
Rakaman itu memaparkan seorang lelaki sedang berada dalam keadaan histeria di kawasan ruang tamu sebuah rumah kampung.
Turut kelihatan beberapa orang lelaki cuba menenangkan lelaki berkenaan yang dilihat seakan-akan merangkak.
Namun apa yang menarik perhatian ialah tindakan individu tersebut membaling seekor kucing yang tiba-tiba lalu di hadapannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet marah dengan tindakan lelaki berkenaan.
Seorang pengguna Facebook Yaya Citra mengecam tindakan lelaki berkenaan.
"Orang kalau tak sedar atau kena rasuk, dia tidak akan 'sentuh' sebab haiwan ini 'menjaga' rumah.
"Kalau ada apa-apa yang berlaku, dia kena hempas baru tahu kehidupan sebenar," tulisnya.
Faizal Senbozakura pula menyifatkan tindakan lelaki itu dirasuk seperti lakonan sahaja kerana kucing selalunya boleh menyedari kehadiran makhluk halus.
"Macam menipu saja ini, bokpe (kenapa) meow (kucing) boleh lintas hormat tanpa memandang ke arah 'something'.
"Kalau kucing kokak (gigit) p***i dia baru ada akal," katanya.
Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram