SEORANG lelaki tergamak menampar isterinya secara bertubi-tubi di hadapan anak sendiri.
Kejadian itu dipercayai berlaku pada 2016 di Bengaluru, India.
Video itu kembali tular sejak Jumaat setelah wanita itu dikatakan berjaya menuntut penceraian bersama bekas suaminya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video dari Instagram milik @Ted the Stoner itu memaparkan pasangan suami isteri, Mohammed GK dan Aisha yang mahu menyambut sambutan hari jadi anaknya.
Melalui rakaman tersebut, Mohammed GK memarahi dan menampar Aisha tanpa belas kasihan hanya kerana Aisha terlebih dulu menyalakan lilin sebelum kehadirannya. Ketika Aisha menjelaskan tindakannya, sekali lagi Mohammed GK berang dan menampar Aisha sehingga jatuh.
Apa yang menyedihkan, anak mereka turut meniru tindakan melampau bapanya.
Menurut laporan sebuah agensi berita India, Mohammed GK dan Aisha sudah menamatkan pernikahan mereka baru-baru ini dan Aisha berjaya mendapat hak penjagaan anaknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut.
"Naik darah tinggi aku tengok video ni, kalau aku ada dalam bilik tu, mati laki tu aku kerjakan," luah Elli Avram.
"Anak tu perlu didikan yang betul dan wanita ni perlukan sokongan kita semua!" jelas Robin.
Maaz pula berkata: "Harap budak tu tak jadi macam bapak dia." — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram