[VIDEO] 'Bapa dari neraka' balas dendam, terajang anak 7 tahun sampai tercampak


  • Benua
  • Khamis, 06 Okt 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki didakwa menendang anaknya yang berusia tujuh tahun di sebuah pusat beli belah di China.

TINDAKAN seorang bapa berusia 31 tahun menendang anaknya di sebuah pusat beli belah di China undang perhatian ramai apabila kanak-kanak itu tercampak dan cedera akibat perbuatan bapanya itu.

Meskipun dihalang oleh isterinya, lelaki berkenaan yang berasal dari Zhuhai, Wilayah Guangdong, China bertindak meluru dan menendang anaknya dari arah belakang.

Kanak-kanak tersebut yang sedang leka menari di hadapan skrin sebuah kedai, dilihat tercampak akibat tindakan lelaki terbabit.

Kejadian itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli belah berkenaan.

Siasatan polis mendapati perlakuan itu berpunca akibat kemarahan si bapa selepas kanak-kanak itu terlebih dahulu menolak dan menjatuhkan adiknya yang berusia dua tahun.

Akibat kejadian itu, suspek ditahan pihak polis kerana melakukan keganasan dan kanak-kanak tersebut difahamkan mengalami kecederaan ringan di bahagian mulut.

Suspek dilaporkan akan dikenakan hukuman undang-undang susulan tindakan ganasnya itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram