Tindakan seorang budak lelaki di Indonesia berlakon seolah-olah dirasuk seekor harimau putih ketika bertemu anggota polis mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
Kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah balai polis di Indonesia pada Selasa sebelum tular di media sosial.
Menerusi sebuah video berdurasi 25 saat itu memaparkan seorang budak lelaki yang berada di atas tanah dengan perwatakan seperti dirasuk harimau putih.
Seorang anggota polis yang berada bersebelahan cuba membantu dengan memusingkan badan kanak-kanak tersebut namun dia mengeluarkan suara seperti dirasuk.
Difahamkan, kanak-kanak berkenaan bertindak sedemikian selepas disyaki terlalu khayal akibat mengambil bahan terlarang.
Video yang dirakam tersebut turut memaparkan beberapa lagi rakannya yang kelihatan khayal cuba membantu namun hanya mampu terduduk dan memerhati.
Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata netizen menyifatkan tindakan kanak-kanak itu hanya lakonan bagi mengelak dari ditahan pihak berkuasa.
"Ada-ada sahaja perangai elak dicekup, berlakon jadi harimau tak menakutkan anggota polis," kata giobanipratama.
"Mungkin hanya lakonan padahal terlalu khayal sebab tidak mahu ditangkap," kata Amiriani.
"Sedih melihat anak-anak muda sudah melibatkan diri dengan bahan terlarang. Jauh lagi perjalanan hidup," jelas Billar.
"Harap perkara ini dijadikan iktibar, jauhilah perkara yang sia-sia, jangan habiskan duit dengan bahan larangan," kata listiboi.
Budak lelaki dan rakan-rakannya kini ditahan lanjut polis Indonesia bagi membantu siasatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram