Kanak-kanak istimewa lebih cenderung alami masalah kesihatan — Pakar


  • Sihat
  • Ahad, 18 Sep 2022

Ibu bapa perlu memainkan peranan mengajar anak mereka mengamalkan tabiat yang baik dalam kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan. — Agensi

MASALAH komorbiditi yang berkait dengan kesihatan fisiologi dan mental adalah satu perkara yang perlu diambil berat dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.

Setiausaha Kehormat Persatuan Pendidikan Khas Kebangsaan, Prof Dr Loh Sau Cheong berkata, secara amnya, terdapat enam jenis kanak-kanak berkeperluan khas yang ditentukan melalui diagnosis perubatan.

Beliau berkata, mereka ialah kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran, ketidakupayaan penglihatan, kecacatan fizikal, masalah pembelajaran seperti gangguan spektrum autisme, Sindrom Down dan gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD), ketidakupayaan pertuturan selain ketidakupayaan berbilang serta ketidakupayaan lain.

ProF Loh

Prof Dr Loh Sau Cheong berkata, secara amnya terdapat enam jenis kanak-kanak berkeperluan khas yang ditentukan melalui diagnosis perubatan.

Menurutnya lagi, ada laporan menunjukkan bahawa kanak-kanak dengan ketidakupayaan lebih cenderung mengalami masalah kesihatan jika dibandingkan dengan mereka yang lain.

“Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa untuk mendapatkan bantuan dan bimbingan profesional untuk meminimakan risiko terhadap kanak-kanak berkeperluan khas supaya mereka dapat mencapai potensi optimum mereka.

"Kita juga agak bernasib baik kerana di Malaysia, terdapat pusat pendidikan awal kanak-kanak (ECCE) dengan kakitangan terlatih yang dapat memenuhi keperluan golongan tersebut yang berkeperluan khas," katanya kepada Majoriti.

Program Healthy Little Bloomers yang dilancarkan pada Khamis lalu bakal membawa sinar baharu kepada kanak-kanak berkeperluan khas di negara ini kerana berpotensi memberi manfaat kepada golongan tersebut dan juga ibu bapa serta penjaga mereka.

Program itu merupakan inisiatif Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) dengan kerjasama 10 organisasi penjagaan dan pusat ECCE kerajaan dan swasta itu akan dilaksanakan di lebih 30,000 pusat seluruh negara.

HLB

Program Healthy Little Bloomers bakal membawa sinar baharu kepada kanak-kanak berkeperluan khas di negara ini.

Sau Cheong, yang juga bekas Ketua Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, berkata, beliau akui bahawa pusat ECCE sebegitu adalah terhad dan tidak boleh diakses oleh sebilangan besar keluarga, terutamanya keluarga yang kurang berkemampuan.

“Namun begitu, saya berasa gembira kerana program Healthy Little Bloomers sedang berusaha untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas dan menghasilkan bahan yang mesra kepada kanak-kanak bermasalah penglihatan atau pendengaran ialah permulaan yang baik," katanya.

Berbicara mengenai penjagaan dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas, Sau Cheong berkata, ibu bapa serta penjaga kanak-kanak itu perlu konsisten dalam memberikan penjagaan dan pendidikan kepada anak mereka.

More in-depth research is being done to see if hormonal therapy could help to improve cognitive ability in those with Down syndrome. — AFP

Campur tangan ibu bapa serta penjaga boleh memberi impak kepada kanak-kanak tersebut sekali gus memupuk aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan mereka. — Agensi

"Saya faham ia bukanlah tugas yang mudah, namun apa yang diajar di sekolah, ibu bapa dan penjaga ini perlu lakukan di rumah, namun kanak-kanak ini perlu mengamalkan tabiat yang baik dalam kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan mereka," katanya.

Tambah beliau, perhatian daripada ibu bapa adalah penting dalam memastikan pertumbuhan emosi dan kognitif kanak-kanak yang berada bawah kategori itu tidak terjejas.

"Harus saya ingatkan, ada antara kanak-kanak berkeperluan khas ini tidak pandai menunjukkan emosi mereka. Justeru itu, ibu bapa perlu memainkan peranan ketika berada di rumah dan mereka juga boleh merujuk kepada pakar yang berkenaan.

"Campur tangan ibu bapa serta penjaga boleh memberi impak kepada kanak-kanak tersebut sekali gus memupuk aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak," jelasnya. —Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram