[VIDEO] Cikgu jadi hero! Selamatkan murid, tarik keluar ular tedung hidup-hidup dalam beg sekolah


  • Benua
  • Selasa, 27 Sep 2022

Tangkap layar memaparkan seorang guru mengeluarkan ular tedung dari dalam beg sekolah pelajar di India.

TINDAKAN berani seorang guru mengeluarkan seekor ular tedung dari dalam beg sekolah pelajar mendapat pujian ramai di Madhya Pradesh, India pada Isnin.

Menerusi sebuah video berdurasi satu minit 34 saat yang tular di media sosial itu memaparkan keberanian dan ketenangan seorang guru mengawal situasi sebelum menjadi lebih panik.

Difahamkan, pelajar dikenali sebagai Umar Rajak itu tidak mengetahui bagaimana reptilia berbisa berkenaan memasuki beg sekolahnya.

Pelajar terbabit hanya menyedari kehadiran ular tersebut selepas berasakan terdapat sesuatu yang bergerak di dalam begnya.

Bimbang akan keselamatan diri, pelajar tersebut memaklumkan kepada gurunya mengenai kejadian itu sebelum guru terbabit membawa beg sekolah ke kawasan yang selamat.

Guru itu kemudiannya membuka dan mengeluarkan buku di dalam beg sekolah dengan perlahan-lahan sebelum melepaskan ular tedung itu ke habitat asal.

Tiada kecederaan dilaporkan dan ular tersebut juga dilepaskan dalam keadaan baik. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram