SEORANG lelaki yang terlibat dalam kes pukul rider p-hailing meninggal dunia setelah bertarung nyawa di hospital pada Isnin.
Mangsa maut selepas dipukul sekumpulan lelaki yang disyaki merupakan rakan kepada rider p-hailing tersebut.
Sebelum ini, mangsa pernah membelasah seorang rider p-hailing yang didakwa cuba melarikan diri dari membayar wang ketika mengisi minyak motosikal.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Semarang, Indonesia.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Semarang, Donny Lombantoruan berkata, mangsa meninggal dunia setelah mendapatkan rawatan di hospital.
"Ya mangsa sudah meninggal dunia di Hospital Bhayangkara.
"Lelaki itu meninggal akibat dipukul dan ditendang.
"Berdasarkan keterangan saksi, mangsa turut dihentak menggunakan topi kaledar dan kemungkinan besar dia turut dipijak sehingga pengsan," katanya.
Menurut Donny lagi, sebanyak lima saksi disoal siasat berhubung dengan kejadian tersebut dan dua daripadanya ditahan di Balai Polis Pedurungan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram