TULAR satu kejadian orang awam bertikam lidah dengan warga asing ekoran berebut kawasan berniaga di sebuah pasar.
Video tersebut yang tular pada Khamis dimuat naik oleh @nanmanjoi8715 di halaman Twitter miliknya.
"Dah berani menjawab pendatang kesayangan ini," ciapnya merujuk kepada pendatang asing berkenaan.
Melalui video itu, kedengaran perakam video yang juga disyaki penyewa di premis berkenaan memarahi warga asing tersebut.
"Kau tahu, semua orang di sini bayar sewa.
"Kau bayar sewa dengan siapa?
"Kau senang-senang tak bayar sewa macam orang kat dalam (pasar).
"Kau siapa, ini negara aku,"katanya.
Sikap lelaki warga asing yang biadab membuatkan perakam itu menjadi berang dan meninggikan suaranya.
"Abang banyak cakaplah," kata warga asing itu.
Difahamkan, lelaki warga asing itu mengambil kesempatan menjual sayur-sayuran miliknya di luar pasar berkenaan tanpa membayar tapak sewa.
Lelaki itu turut meminta warga asing berkenaan untuk tidak lagi berniaga di kawasan berkenaan.
Namun begitu, kelihatan warga asing tersebut menunjukkan sikap acuh tak acuh di tempat terbabit dan terus memalingkan badannya.
Tidak dapat dipastikan tarikh dan lokasi sebenar kejadian itu berlaku. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram