[VIDEO] Sengaja peluk, raba wanita, si tunang hanya mampu merayu 3 lelaki hentikan perbuatan terkutuk


  • Benua
  • Sabtu, 24 Sep 2022

Kelihatan salah seorang lelaki bertindak memeluk dan meraba seorang wanita dalam kejadian pada Jumaat.

TIGA lelaki tergamak mencabul seorang wanita di hadapan tunangnya dalam kejadian di Prayagraj, India pada Jumaat.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika wanita itu bersama tunangnya berjalan-jalan sebelum dihalang tiga lelaki tersebut.

Menerusi sebuah video berdurasi 14 saat, kelihatan salah seorang lelaki bertindak memeluk dan meraba wanita terbabit.

Sementara tunang wanita itu tunduk dan merayu kepada lelaki terbabit untuk menghentikan perbuatan terkutuk tersebut namun diendahkan.

Menurut laporan, polis sedang menyiasat kejadian tersebut dan mengenal pasti ketiga-tiga individu yang dilaporkan terlibat.

Ketiga-tiga individu terbabit dikenali sebagai Vasik, Zikaria dan Mashook. Mereka difahamkan telah melarikan diri selepas kejadian.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram