VIDEO seorang pelajar perempuan di sebuah madrasah di Sulawesi Tenggara dibelasah rakan-rakannya tular di media sosial.
Menerusi video berdurasi 31 saat itu, mangsa ketika kejadian hanya pasrah menangis ketika dipukul empat pelajar.
Ketua Polis Kabeana Iptu, Bastian Hamzah berkata, kejadian berpunca daripada mangsa yang menghantar mesej menggunakan bahasa kasar.
"Kira-kira pukul 8 malam pada Khamis lalu, mangsa telah dipanggil oleh rakan-rakannya sebelum dipukul.
"Mangsa kini sedang dirawat di hospital manakala empat suspek pelajar perempuan itu telah ditahan.
"Memandangkan kesemua suspek masih di bawah umur, kita menunggu keputusan ibu bapa masing-masing berkenaan cara penyelesaiannya," katanya.
Sementara itu, pengetua madrasah berkenaan, Asraf Nurdin berkata, pihaknya memandang serius kejadian buli yang berlaku dalam kalangan pelajar.
"Kita telah melakukan siasatan awal berdasarkan video yang tersebar sebelum membuat laporan polis," katanya.
Tambahnya, kejadian berlaku di luar kawalan mereka kerana insiden buli itu dilakukan di luar waktu persekolahan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram