Tak sampai 3 minggu dipenjara, Najib dimasukkan ke hospital


  • Primer
  • Ahad, 04 Sep 2022

Keadaan bekas Presiden Umno itu kini stabil dan sedang melalui kesemua siasatan perubatan diperlukan.

BELUM sampai tiga minggu menjalani hukuman di Penjara Kajang, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

Memetik laporan Astro Awani pada Ahad, perkara itu disahkan sendiri oleh pegawai beliau yang turut memaklumkan bahawa keadaan bekas Presiden Umno itu sebagai stabil dan sedang melalui kesemua siasatan perubatan diperlukan.

"Ya Datuk Seri dalam keadaan stabil, dan sedang melalui kesemua siasatan perubatan yang sewajarnya," kata pegawai berkenaan.

Najib mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. — Astro Awani

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram