SEORANG lelaki ditahan selepas menembak seorang pekerja McDonald (McD) kerana menghidangkan kentang goreng yang sejuk kepada ibunya di New York, Amerika Syarikat.
Dalam kejadian yang berlaku pada 1 Ogos lalu, suspek, Micheal Morgan, 20, telah menembak pekerja McD cawangan Brooklyn yang berusia 23 tahun.
Jurucakap Polis New York berkata, insiden bermula dengan pertengkaran melibatkan mangsa dengan wanita berusia 40 tahun yang juga ibu kepada suspek.
"Wanita itu memarahi mangsa kerana menghidangkan kentang goreng yang telah sejuk.
"Selepas bertengkar, wanita itu kemudian membuat satu panggilan video terhadap anaknya (suspek) yang kemudian datang ke restoran segera itu.
"Suspek kemudian telah mengajak mangsa keluar dan menembaknya," katanya.
Menurutnya, mangsa kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat manakala suspek telah ditahan pada hari sama.
Suspek kini didakwa atas tuduhan cubaan membunuh dan memiliki sejumlah senjata api. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram